Saturday 12 November 2011

Sembang Kedai Kopi… Kuasa owh Kuasa..

Semalam saya berpeluang untuk berjumpa dengan sahabat lama duduk2, sembang2 sambil menikmati secawan kopi panas. (bukan secawan tp bercawan2). Pelbagai topik di bincangkan, daripada hal rumahtangga sehinggalah kepada pemimpin dan pembangunan di kawasan Papar ini.

Pelbagai isu diutarakan. Namun apa yang menarik perhatian saya ialah isu kouta kerusi di Papar dan krisis kepimpinan dikalangan pemimpin-pemimpin UMNO yang masing-masing cuba menonjolkan diri untuk menjadi calon. Timbul persoalan diminda saya ‘apakah selama ini setiap pembangunan yang dibawa oleh pemimpin sedia ada tidak mencukupi ataupun telah wujud perasaan tamakkan kuasa dalam barisan kepimpinan Barisan Nasional di kawasan Papar ini ?















“Kawan” saya kata PBS juga mahukan kerusi d kawasan Papar. Masalahnya selama ini saya dan kawan2 tak nampak pun krediabiliti Pemimpin mereka diperingkat akar umbi. Itupun hanya hadir untuk suka-suka ataupun duduk-duduk. Penting sangatkah “kerusi” itu kepada mereka… seharusnya mereka membuat survey dahulu, adakah rakyat Papar boleh menerima mereka sekiranya mereka mendapat kerusi semasa PRU13 nanti.  

Seharusnya pemimpin-pemimpin di Papar ini terutamanya di peringkat akar umbi berganding bahu untuk memastikan kemenangan BN PRU13 bukannya berebut-rebut menjadi calon dan mengejar popularity dan memperjudikan nasib rakyat . Apa yang penting service kepada rakyat didahulukan. Pemimpin yang sedia ada sudah memadai namun penambahbaikan dalam kepimpinan perlu ada. Tanpa mereka sedar ataupun tidak, kelemahan2 ini telah menjadi senjata pembangkang untuk menjatuhkan Barisan Nasional di Papar. 





No comments:

Post a Comment