Wednesday 22 February 2012

Sudirman Dalam Kenangan..(25 Mei 1954 - 22 Februari 1992)..Al-Fatihah

Sudirman Hj Arshad (25 Mei 1954-22 Februari 1992) merupakan salah seorang penyanyi terkenal di Malaysia. Beliau telah dinobatkan sebagai Penghibur Nombor 1 Asia dari Malaysia sebelum Siti Nurhaliza. Anak jati Pahang pertama memenangi Anugerah Penyanyi Asia tahun 1989 di London. Lelaki kacak ini telah diberi jolokan sebagai Penghibur Milik MasyarakatSeniman Rakyat dan Elvis Malaysia. Beliau adalah penyanyi, penghibur, penggubah, peguam, penulis, pengarang (buku kanak-kanak), pelukis kartun, usahawan, dan pelakon.Selain itu, beliau telah melahirkan sebanyak 168 buah lagu..






Saturday 12 November 2011

Sembang Kedai Kopi… Kuasa owh Kuasa..

Semalam saya berpeluang untuk berjumpa dengan sahabat lama duduk2, sembang2 sambil menikmati secawan kopi panas. (bukan secawan tp bercawan2). Pelbagai topik di bincangkan, daripada hal rumahtangga sehinggalah kepada pemimpin dan pembangunan di kawasan Papar ini.

Pelbagai isu diutarakan. Namun apa yang menarik perhatian saya ialah isu kouta kerusi di Papar dan krisis kepimpinan dikalangan pemimpin-pemimpin UMNO yang masing-masing cuba menonjolkan diri untuk menjadi calon. Timbul persoalan diminda saya ‘apakah selama ini setiap pembangunan yang dibawa oleh pemimpin sedia ada tidak mencukupi ataupun telah wujud perasaan tamakkan kuasa dalam barisan kepimpinan Barisan Nasional di kawasan Papar ini ?















“Kawan” saya kata PBS juga mahukan kerusi d kawasan Papar. Masalahnya selama ini saya dan kawan2 tak nampak pun krediabiliti Pemimpin mereka diperingkat akar umbi. Itupun hanya hadir untuk suka-suka ataupun duduk-duduk. Penting sangatkah “kerusi” itu kepada mereka… seharusnya mereka membuat survey dahulu, adakah rakyat Papar boleh menerima mereka sekiranya mereka mendapat kerusi semasa PRU13 nanti.  

Seharusnya pemimpin-pemimpin di Papar ini terutamanya di peringkat akar umbi berganding bahu untuk memastikan kemenangan BN PRU13 bukannya berebut-rebut menjadi calon dan mengejar popularity dan memperjudikan nasib rakyat . Apa yang penting service kepada rakyat didahulukan. Pemimpin yang sedia ada sudah memadai namun penambahbaikan dalam kepimpinan perlu ada. Tanpa mereka sedar ataupun tidak, kelemahan2 ini telah menjadi senjata pembangkang untuk menjatuhkan Barisan Nasional di Papar. 





Najib Jelaskan Projek Lembu RM250J Shahrizat...



Perdana Menteri menafikan dakwaan wujudnya penyalahgunaan dalam pinjaman mudah kerajaan berjumlah RM250 juta yang disalurkan kepada Agroscience Sdn Bhd. Datuk Seri Najib Razak yang juga Menteri Kewangan berkata pinjaman itu telah diluluskan kepada National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC) untuk melaksanakan projek Pusat Fidlot Nasional.


 Beliau menjelaskan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, yang dipertanggungjawab untuk melaksanakan Pusat Fidlot Nasional, menjemput enam syarikat untuk mengemukakan cadangan pelaksanaan pembangunan industri daging tempatan dan sekaligus meningkatkan pengeluaran daging lembu tempatan. 

 
Jawatankuasa pemilihan syarikat peneraju, yang ditubuhkan untuk membuat pilihan syarikat yang memberi cadangan terbaik dan berpandu kepada kriteria dikehendaki, telah memilih Agroscience Sdn Bhd, katanya. Menurut Najib sehingga 31 Julai 2011, jumlah pengeluaran pinjaman kepada NFC ialah sebanyak RM181.9 juta bagi membiayai pembangunan kandang, bangunan, kilang baja, kilang makanan dan sebagainya.


 "Tujuan pinjaman itu adalah untuk membangunkan projek tersebut bagi menampung keperluan daging negara kepada tahap sara diri sebanyak 38 peratus," katanya. 

Perdana Menteri berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada soalan Wee Choo Keong (Bebas-Wangsa Maju) yang meminta penjelasan Menteri Kewangan sama ada berlakunya penyalahgunaan pinjaman mudah berjumlah RM250 juta kepada Agroscience Sdn Bhd pada 2003.


NFC ialah projek "Lembah Daging" di Gemas, Negeri Sembilan untuk meningkatkan pengeluaran daging tempatan dan mengurangkan penggantungan negara kepada pengimportan daging dari luar negara.

Najib berkata syarikat NFC telahpun membangunkan Pusat Fidlot Nasional dan kini mengeluarkan produk daging tempatan yang berkualiti tinggi pada tahap komersil.


Produk pengeluaran NFC dijual di pasar raya seperti Jaya Jusco, Giant, Carrefour, Cold Storage, pasar segar, kilang pemprosesan daging, restoran dan pasar runcit di seluruh negara.

NFC kini menjalankan peningkatan kapasiti pengeluaran fidlot dari 6,000 ekor lembu kepada 12,000 ekor lembu manakala kapasiti penyembelihan di pusat penyembelihan kepada 200 ekor lembu sehari dan pembangunan itu dijangka siap pada awal tahun depan, katanya. - Bernama



Sekadar Hiburan


Layan

Matahariku

Friday 11 November 2011

Datang Lagi ye..

Bersyukur dengan rahmat,ujian dan kehendak Allah swt di dalam apa jua keadaan. Nescaya kita akan menerima segalanya dengan perspektif yang berbeza. Fikirkan,apa gunanya marah kalau tidak dapat mengubah sesuatu? Bukankah Allah swt yang Maha Berkuasa ke atas segalanya? Mari kita bersyukur dan tukar perspektif kita :-)..